Perpaduan : Matlamat Diidamkan


 

sumber:
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/paduaan1a_1592461401.jpg

Pengenalan

Perpaduan menjadi matlamat setiap bangsa dan negara agar sentiasa hidup harmoni dan tenteram tanpa menggugat keamanan. Tanpa keamanan, rakyat tidak akan hidup selesa dan negara akan bergolak setiap masa. Hal ini boleh dilihat di negara-negara bergolak apabila peperangan sentiasa berlaku dan rakyat hidup dalam keadaan bergantung kepada bantuan luar. Kanak-kanak, perempuan dan orang tua menjadi mangsa dan kebuluran serta kemiskinan tidak terpisah daripada kehidupan. Betapa pentingnya perpaduan perlu dibina dan dipupuk agar ianya menjadi sesuatu budaya dan amalan kehidupan oleh setiap rakyat dalam negara ini. Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah dan Pengasas Institusi Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan, “Perpaduan sebagai suatu hasrat yang diimdamkan adalah sukar diukur, dilihat secara nyata mahupun berkekalan. Perkara ini biasanya hadir mengikut keadaaan, keperluan dan detik-detik tertentu secara formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian masyarakat”.




DETIK PERPADUAN

Detik perpaduan adalah saat yang boleh dilihat berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat. Antara suasana yang sering dilihat menunjukkan muncul perpaduan adalah detik-detik ketika pergaulan di pasar, mengadakan majlis perkahwinan, tempat makan, sokongan dalam sukan, memberi bantuan ketika bencana, mengunjungi tempat percutian, menikmati cuti umum pelbagai perayaan, hadir menonton filem di pawagam dan sebagainya.

i.Sukan Bola Sepak

Perlawan bola sepak adalah antara satu daripada saat dan detik perpaduan yang jelas dapat dilihat dikalangan rakyat Malaysia apabila semua bangsa tanpa mengira kaum dan keturunan sama-sama memenuhi stadium bagi menyokong pasukan masing-masing.Mereka menyokong pasukan masing-masing tanpa melihat pasukan mereka terdiri daripada kaum atau bangsa berlainan atau tidak.Budaya ini harus diteruskan dan diterapkan dalam setiap generasi rakyat Malaysia agar ia menjadi alat perpaduan utuh ribuan penyokong Harimau Malaya tetap 'mengaum' di Stadium Nasional.

ii.Perkahwinan:"Street Wedding"

Sering kita menghadiri majlis perkahwinan saudara mara atau kenalan yang diadakan di taman-taman perumahan selain diadakan di dewan-dewan besar.Jika majlis perkahwinan yang diadakan di dewan besar,ianya tidak menimbulkan masalah kepada masyarakat memandangkan terdapat ruang yang khas berserta tempat letak kereta yang cukup.

Namun lain pula suasananya apabila majlis perkahwinan dilakukan di taman-taman perumahan.Ianya menimbulkan suasana yang sesak dan kawasan meletak kenderaan para tetamu sangat terhad dengan kehadiran ramai jemputan.Jika dilihat kepada peruntukan undang-undang dalam negara,ianya merupakan satu kesalahan mendiri dan menyelenggara sesuatu halangan di tempat awam.Tetapi pernahkah anda terdengar keluarga pasangan pengantin didakwa di mahkamah kerana menganjurkan majlis perkahwinan di kawasan taman perumahan?

Inilah detik perpaduan yang wujud di kalangan rakyat Malaysia iaitu bertolak ansur dalam perkara tersebut kerana sikap saling memahami antara satu sama lain tanpa mengira agama dan budaya.Namun demikian,sebagai penaganjur,eloklah memohon kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu supaya tidak timbul perkara-perkara yang menyusahkan di masa hadapan.
iii.Kesihatan


Jika anda sakit,sudah tentu klinik atau hospital yang akan menjadi tempat kunjungan untuk memeriksa masalah kesihatan dan mendapatkan ubat.Tidak kira apa bangsa klinik dan hospital akan menjadi tempat rujukan setiap rakyat dalam mendapatkan rawatan terhadap sebarang masalah kesihatan yang dihadapi.Begitu juga dengan pegawai yang bertugas sama ada doktor,jururawat,pembantu hospital dan semua kakitangan hospital akan memastikan peaskit yang datang akan diberikan rawatan.



Suasana ini berlaku di semua klinik dan hospital di Malaysia dan ianya sesuatu yang menjadi detik perpaduan dikalangan rakyat yang mesti diteruskan malah dibanggakan.Sebagai doktor ataupin jururawat, mereka tetap akan merawat pesakit yang datang walaupun berlainan bangsa dan agama kerana itulah tugas mulia yang harus semua rakyat berbnagga khususnya ketika sesuatu wabak penyakit berjangkit melanda negara.


iv.Makanan


Di Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman, antaranya nasi lemak,teh tarik,roti canai,soto,bakso, dan sebagainya.Semua jenis makanan ini dimakan oleh setiap bangsa di Malaysia tanpa mengira rupa dan warna kulit.Hal ini amat baik untuk penyatuan semua bangsa di Malaysia kerana perbezaan yang pelbagai ini dimanfaatkan untuk penyatuan bangsa-bangsa di Malaysia tanpa melihat ianya sebagai batasan atau halangan.


Nasi lemak dinikmati oleh semua bangsa walaupun ianya makanan kaum Melayu.Begitu juga dengan makanan kaum Cina contohnya masakan char koay teow dinikmati oleh semua bangsa termasuk Melayu dan India.Maruku yang terkenal dikalangan bangsa India pula menjadi makanan semua bangsa.Inilah yang perlu rakyat Malaysia berbangga kerana makanan boleh menjadi alat perpaduan kita semua.


v.Sukan


Kenalkah anda dengan nama Datuk Lee Chong Wei?Sudah pasti hampir semua rakyat Malaysia mengenali nama tersebut iaitu pemain badminton nombor satu Malaysia.Walaupun Datuk Lee Chong Wei adalah berbangsa Cina,namun semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa menyokong dan meminati setiap perlawanan beliau di setiap pertandingan badminton.


Begitu juga dengan sukan-sukan yang lain.Tidak kira apa bangsa dan agama,ianya tidak menjadi halangan untuk peminat dan menonton menyaksi dan menyokong setiap aksi yang dipersembahkan kerana pemain sukan bukan bermain untuk diri mereka, malah bermain untuk negara.Begitu juga dengan penyokong, mereka tidak menyokong individu sebagai ahli sukan, tetapi menyokong ahli sukan tersebut sebagai pemain yang mewakili negara.


DETIK PERBEZAAN


i.Sambutan Perayaan


Detik perbezaan dalam sambutan perayaan di Malaysia jelas kelihatan kerana sambutan perayaan selalunya mempunyai kaitan dengan kebudayaan agama setiap agama yang pelbagai.Namun hal ini tidak boleh dilihat sebagai perbezaan yang akan menggugat perpaduan bangsa kerana setiap budaya dan agama mempunyai ciri-ciri yang tertentu.


Setiap warga perlu berjiwa besar dan berlapang dada dalam menghadapi isi sambutan perayaan sebagai satu sambutan tahunan semua bangsa di Malaysia.Malah aktiviti kunjung mengunjung yang tidak berkaitan dengan hal-hal keagamaan perlu diteriskan agar perpaduan yang ada semakin utuh.


KESIMPULAN


Pendidikan etika perlu dipupuk di peringkat sekolah lagi, di institut pengajian tinggi dan seterusnya di tempat kerja. Pendidikan etika akan memberi garis panduan kod etika dan kerja professional. Etika ini diwujudkan untuk mengawal tingkahlaku para professional supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini etika kerja professional memainkan peranan penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya.


Etika seharusnya, dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan harian dan dalam apa jua tindak tanduk kita. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri. Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat mencapai etika yang dikehendaki. Secara kesimpulannya dapatlah kita simpulkan bahawa etika itu wujud dalam diri seseorang itu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri individu itu sendiri.




Lampiran


Detik Perpaduan


i. Sukan Bola Sepak



sumber:https://clips.mstar.com.my/images/blob/C191429E-2BEE-4CD7-8E91-E1C5814AEEF2

ii. Perkahwinan "Street Wedding"



sumber:https://media.ohbulan.com/2021/01/136428929_3676923712428049_8044496516772400445_o.jpg

iii. Kesihatan



sumber:https://assets.bharian.com.my/images/articles/kmntrr_1606707009.jpg

iv. Makanan



sumber:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFnkQb-62feuHnvAfhg8gZ_8qS1VL942fV1zB5VGwdHyi7Lv0Ibb44x-l9yFoCQPkDQt2NhYbOgsNCUjJTGZJRg3mCnw9H1CudW9_fBlBJb8OuJhSCJu2Ocm0YHX2OlTKgvjpuqJedfzU/w1200-h630-p-k-no-nu/Makanan+Tradisional.jpg

v. Sukan



sumber:https://i1.wp.com/mykmu.net/wp-content/uploads/2020/10/Atlet-Malaysia.png?resize=800%2C452&ssl=1

Detik Perbezaan

i. Sambutan Perayaan




sumber:
https://tse1.mm.bing.net/th?id=OIP.XNxATk4ngfO05UsiUncCxgHaEP&pid=Api










sumber:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitR6F-gp74G4WXjbB_2tiBfAV6Cs7sZ0wciP2mzGD-lR-poOL46Uz6HMo5SEwU14FXKtc7u-ffLY98Eop_hvAmGGmpXv07aS56UcTvOkSl7YXB6N749s542kBllUFp-C0eteHuvSMCum4/s1600/cats1.jpg


UJUKAN


Buku



-Munirah mustafa,Mohd Bazli Md Radzi,Naimah Ghazali,Wan Mohd Tarmizi Wan Othman,Mohamad Faizal Ahmat,Mohamad Tarmizi Balyah.Penghayatan etika dan peradaban versi politeknik Malaysia:July 2020.Perpustakaan Negara Malaysia


Internet


i. Sukan Bola Sepak
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.bharian.com.my/kolumnis/2017/08/318993/contohi-perpaduan-rakyat-dalam-sukan&ved=2ahUKEwjMjbmzucfsAhViFLcAHb5FDGAQFjAAegQIARAB&usg=AOvVaw1UwVTfbgMa-3F0FFfBtXJ1


ii. Perkahwinan "Street Wedding"
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.slideshare.net/mobile/AininSofiyaMohdZakiran/adat-perkahwinan-pelbagai-kaum&ved=2ahUKEwi_rv2E0sjsAhU-6XMBHWjTA4wQFjAAegQIAhAB&usg=AOvVaw0BTzH3SAVlmjJFgAALMK5o


iii. Kesihatan
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/576890/kesihatan-rakyat-kpi-dalam-budaya-sukan-negara&ved=2ahUKEwivuYqU0cjsAhUxguYKHd0ECxAQFjAAegQIARAB&usg=AOvVaw0E7bCELQkvMncO7b555wQP


iv. Makanan
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://coggle.it/diagram/WE575Q0cJ5IYsAGZ/t/kepelbagaian-makanan-pemangkin-kepada-perpaduan-di-malaysia&ved=2ahUKEwjlt5HrusfsAhVv7HMBHRd8CO0QFjABegQIBBAC&usg=AOvVaw0eF-Jt2k2zYbOchsz7S-J4


v. Sukan
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://amp.utusanborneo.com.my/2020/02/16/sukan-memupuk-semangat-perpaduan-dan-kesukanan&ved=2ahUKEwjS8cj4zcjsAhWxW3wKHdg1BcoQFjANegQIChAK&usg=AOvVaw251r5r5sD6jEVVqAhxjwtJ&ampcf=1


DETIK PERBEZAAN


i. Sambutan Perayaan
https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_perayaan

Comments

Popular Posts