Tiga Lapisan Perpaduan

TIGA LAPISAN PERPADUAN

Sumber:  https://www.bharian.com.my/kolumnis/2021/03/794576/perpaduan-perlu-jadi-agenda-utama-setiap-tindakan


Apakah tiga lapisan perpaduan?

Tiga lapisan perpaduan merangkumi tiga elemen yang vital dalam mencapai keamanan dan keharmonian Malaysia. Tiga elemen tersebut ialah penyatupaduan, kesepaduan dan perpaduan. Ketiga-tiga unsur ini penting dalam mengukuhkan kemerdekaan negara Malaysia.


1. Penyatupaduan



Penyatupaduan ialah proses menyatupadukan rakyat.  Proses ini merupakan satu usaha yang bersifat berterusan dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan defisit sosial yang menggunakan tapak integrasi yang berpandukan amalan tawar-menawar, perundingan dan mediasi (membawa maksud negosiasi) disebabkan perbalahan antara kaum sentiasa wujud walaupun hidup bermasyarakat.



2. Kesepaduan



Kesepaduan ialah keadaan aman, harmoni, sejahtera dan stabil yang diwujudkan dalam hidup bermasyarakat yang berbilang kaum. Kemakmuran ini diakui telah dicapai walaupun ketidaksaamaan yang beridentitikan sebagai defisit sosial masih wujud dalam sesebuah masyarakat.



3. Perpaduan




Perpaduan merupakan matlamat akhir yang menjadi idaman bagi sesebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik seperti negara kita Malaysia.  Namun begitu, perpaduan antara kaum di negara ini dipercayai belum pernah dicapai sejak kemerdekaan. Berikut merupakan ulasan yang dikemukakan oleh Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita) iaitu Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong, beliau berkata:


"Perpaduan yang digembar-gemburkan itu hanya wujud pada tahap sosial."



Jika hendak diterangkan dengan lebih lanjut, tahap perpaduan kita sekarang ialah kurang utuh dan hanya wujud dalam keadaan sosial yang mempunyai tujuan rasmi sahaja seperti terdapatnya perayaan kaum atau sambutan Hari Kemerdekaan. Keunikan kaum dan pergaulan antara kaum yang harmoni hanya diwujudkan sebagai medium untuk menarik minat pelancong dari negara lain untuk mengembangkan kegiatan perlancongan dan perdagangan di negara ini. Realitinya, kita sangat jarang melihat pergaulan antara kaum yang bersifat tulen, lahir dari keikhlasan hati yang ingin bersahabat tanpa mengira kaum dan agama.




Menghayati Sejenak Sejarah Perjuangan Dalam Menggapai Perpaduan Negara Malaysia




Negara Malaysia asalnya merupakan wilayah-wilayah yang diperintah oleh kerajaan-kerajaan yang berbeza, seperti Kerajaan Siam, Belanda dan Britain yang akhirnya disatukan oleh British. Bagi meneliti dengan lebih lanjut, mari kita menelaah sejarah yang membawa ke arah pembentukan negara Malaysia yang kita kenali sekarang sehingga ke akar umbi.



NEGERI-NEGERI SELAT



Negeri-negeri Selat terdiri daripada negeri Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Portugis mula mejajah dan memerintah negeri Melaka sejak tahun 1511 hingga 1641. Dengan bantuan Kerajaan Johor, Belanda mampu mengalahkan Portugis seterusnya menduduki negara Melaka. Di Pulau Pinang pula, wakil dari negara British, Francis Light menduduki Pulau Pinang selepas membuat perjanjian dengan 
Sultan Kedah pada 11 Ogos 1786, namun perjanjian tersebut tidak memberikan apa-apa keuntungan bagi pihak Sultan Kedah dan lebih berpihak kepada Francis Light. Bagi Pulau Singapura pula, Stamford Raffles telah tiba pada 29 Januari 1819 dan pada 6 Februari 1819, beliau berjaya menduduki pulau tersebut setelah membuat perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman. Pengukuhan pendudukan British di Tanah Melayu ini telah membangkitkan kemarahan Kerajaan Belanda yang membawa kepada Perjanjian Inggeris-Belanda 1819. 



         
               Patung Francis Light di Pulau Pinang                              Portret Stamford Raffles

Sumber:


Namun begitu, Belanda tetap tidak berpuas hati apabila pembukaan Pulau Singapura oleh British telah menjadikannya pulau yang berjaya yang pesat dengan kemajuan ekonomi yang mampu bersaing dengan Pelabuhan Betawi yang ketika itu diperintah oleh Kerajaan Belanda. Selain itu, Singapura diiktiraf sebagai pelabuhan bebas yang mampu menarik lebih ramai pedagang telah menjadikannya sebagai antara pilihan untuk kegiatan perdagangan. Oleh itu, demi menyelesaikan pergaduhan akibat perlanggaran Perjanjian Inggeris-Belanda 1819 daripada kedua-dua pihak serta untuk mengukuhkan pengaruh masing-masing, British dan Belanda bersetuju untuk membuat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.


Kepesatan pelabuhan yang membawa kepada kemajuan ekonomi menyebabkan persaingan sengit berlaku antara pihak British dan Belanda di Asia Tenggara.



Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ini telah mengukuhkan lagi kedudukan British di Tanah Melayu dan pada masa itu juga Syarikat Hindia Belanda ditimpa masalah kewangan yang telah mendesak mereka untuk menerima bantuan daripada Kerajaan British. 

Dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ini, penempatan Selat Koloni Diraja daripada Kerajaan Britain berjaya didirikan pada tahun 1826 yang terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura di bawah pemerintahan British. Leftenan Gabenor mentadbir Pulau Pinang manakala bagi Melaka dan Singapura ditadbir oleh Residen. Pembentukan Negeri-negeri Selat ini bertujuan untuk melicinkan dan menjimatkan perbelanjaan pentadbiran bagi pihak British.



NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU

Bendera Negeri-negeri Melayu Bersekutu



Pada tahun 1892, Sir Charles Lucas yang merupakan Pegawai Tetap di Pejabat Jajahan London telah bercadang untuk membentuk sebuah persekutuan dalam perbincangan beliau bersama Frank Swettenham.

Portret Frank Swettenham
     
Sir Charles Lucas dalam gambaran pelukis.

Sumber: 
Sir Charles Lucas dalam gambaran pelukis: https://artuk.org/discover/artworks/sir-charles-lucas-4270


Bagi pendapat British, sistem pemerintahan bagi negeri-negeri Melayu yang paling sesuai ialah satu sistem pentadbiran yang seragam yakni negeri-negeri yang lebih kaya yang mempunyai lebih banyak sumber haruslah membantu negeri-negeri yang lemah demi menjamin kesejahteraan bersama. Bagi merealisasikan tekad ini, cadangan ini dibawa oleh Frank Swettenham yang telah diutus ke negeri Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor untuk menyuarakan pendapat tersebut kepada Raja-Raja Melayu. Beliau berjaya mendapatkan persetujuan daripada Raja-Raja tersebut, dan akhirnya Perjanjian Persekutuan 1895 berjaya ditandatangani oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat bersama Cecil Smith yang mewakili Kerajaan British dan Duli-Duli Yang Maha Mulia yang terdiri daripada Sultan Idris dari Perak, Sultan Mahmud dari Pahang, Sultan Suleiman dari Selangor dan Tengku Dewa Tampin, Dato Bandar Sungai Ujong, Undang Johol, Undang Rembau dan Yam Tuan Besar Sri Menanti.

Melalui perjanjian ini, pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya direalisasikan dengan persetujuan dari Raja-Raja tersebut yang bersedia untuk bernaung di bawah Kerajaan British menjadikan semua negeri yang terlibat digelar sebagai "Protected Malay States" kerana diberi perlindungan oleh British untuk mengukuhkan lagi kedudukan Raja-Raja Melayu tersebut di negeri masing-masing dengan ditadbir di bawah nasihat dari Kerajaan British. Pembentukan Negeri-negeri Bersekutu ini juga bertujuan untuk menyelesaikan pergaduhan dan perebutan kuasa yang sedang berlaku di keempat-empat negeri tersebut.


Logo Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Sumber: http://ku-alam.blogspot.com/2010/06/negeri-negeri-melayu-bersekutu.html


Perjanjian Persekutuan 1895 ini merangkumi persetujuan dan perakuan Raja-Raja Melayu untuk memerintah secara adil di samping bersetuju untuk menjadikan negeri-negeri tersebut sebagai satu naungan di bawah Kerajaan Queen. Sebagai implikasinya, setiap Raja patutlah memerintah di dalam negerinya sahaja bagi mengekalkan keamanan dan keadilan sesama Kerajaan Melayu.



NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah pengabungan antara negeri Perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor.


Bendera Kedah


Bendera Perlis
                                                                                        
Bendera Kelantan

                         Bendera Terengganu
 

Bendera Johor

         

Sumber:


Pengabungan semua negeri ini telah memudahkan British untuk meluaskan tanah jajahannya di negeri-negeri ini. Walaupun negeri-negeri tersebut tidak menerima residen dari British, perluasan kuasa masih dapat dilakukan dengan penerimaan Penasihat British.


Mengapakah British berminat untuk menduduki negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor?

Salah satu faktor yang menjadi menjadi negeri-negeri ini sebagai sasaran utama British ialah kedudukan strategik antara China dan India yang memudahkan pedagang-pedagang dari negara lain untuk datang berlabuh dan menjalankan aktiviti perdagangan. Pendudukan British ini juga bertujuan untuk menyekat kuasa Barat yang lain terutamanya kuasa Belanda di samping untuk mengaut kekayaan sumber bumi. Penduduk-penduduk pula berasa terbeban apabila "Beban Orang Putih" menjejaskan cara kehidupan mereka. Beban Orang Putih merupakan sebuah ideologi oleh negera Barat bahawa mereka adalah lebih baik daripada penduduk pribumi atau penduduk negara yang dijajah, maka, mereka bertanggapan tugas mereka adalah untuk mentamadunkan orang Timur dan membawa mereka ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.



Pembentukan Malayan Union 
Pembentukan Malayan Union adalah untuk mengabungkan Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu bagi melicinkan pentadbiran British supaya seragam dan cekap, seterusnya mengukuhkan lagi pendudukannya di Tanah Melayu. Selain menjimatkan perbelanjaan pentadbiran, pembentukan ini juga agar sumbangan dan hak sumber tenaga yang berasal dari golongan imigran dan pelabur terpelihara. Secara ringkasnya, Malayan Union bertujuan untuk menyediakan Tanah Melayu untuk mendirikan kerajaan sendiri.

Namun begitu, pembentukan ini telah ditentang hebat oleh orang Melayu kerana mengugat hak-hak orang Melayu yang merupakan penduduk peribumi Tanah Melayu. Berikut merupakan faktor-faktor utama penentangan pembentukan Malayan Union:

1. Sultan-sultan Melayu kehilangan kuasa ke atas negeri sendiri dan hanya terhad kepada pengurusan agama Islam dan adat istiadat di negeri masing-masing.

2. Malayan Union memberikan hak kewarganegaraan yang sama rata antara golongan pendatang asing dan orang Melayu. Hal ini membangkitkan rasa ketidakpuasan hati dalam kalangan orang Melayu kerana hak dan kedudukan mereka di Tanah Melayu sebagai rakyat bumiputera tergugat. Prinsip kewarganegaraan yang bersifat sama rata ini dinamakan sebagai "Jus Soli."

3. Melalui penubuhan Malayan Union ini, negeri-negeri Melayu akan bernaung sepenuhnya di bawah pemerintahan British seterusnya diperintah dengan diketuai oleh Gabenor British.


Penentangan Pembentukan Malayan Union

Tentangan hebat pembentukan Malayan Union daripada orang Melayu

Sumber: https://cft1093pecha.wordpress.com/reaksi-malayan-union-1946/


Ketegasan orang Melayu dalam membantah Malayan Union apabila rakyat bersatu padu untuk mengatasi pihak lain yang menyokong pembentukan ini telah terbukti apabila orang Melayu mendesak British untuk mengembalikan semula dasar perlindungan orang Melayu. Selain itu, semangat orang Melayu yang kuat juga disokong oleh pegawai-pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Sir Malcolm Macdonald dan Sir Edward Gent untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu bagi menggantikan Malayan Union.


Sir Edward Gent
Sir Malcolm Macdonald
 
Sumber:


Sikap politik orang Melayu yang sederhana juga telah menyakinkan British untuk menerima kehendak mereka. Sebagai buktinya, orang Melayu hanya menyuarakan penentangan pembentukan Malayan Union ini melalui penulisan dalam akhbar, berdemonstrasi, berkongres dan memujuk Raja-raja Melayu untuk menyokong penentangan tersebut dan tidak mengangkat senjata seperti komunis. Tambahan pula, British memilih UMNO dan Raja-Raja Melayu kerana kedua-duanya hanya menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union dan tidak menuntut kemerdekaan daripada British. Pada masa yang sama, British bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan politik Indonesia yang dikuasai oleh golongan radikal seperti AWAS dan API di samping terpaksa akur dan mengikuti Piagam Atlantik 1945 yang tidak menggalakkan penjajahan baru dan memberikan latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan.

Contoh akhbar mengenai penentangan Malayan Union


Sumber: https://www.google.com/url?sa=i&url=http%3A%2F%2Fmaisarahalias.blogspot.com%2F2012%2F12%2Fbab-2-malayan-union-dan-persekutuan.html&psig=AOvVaw1QbmC2qeoOr5DP0l7qdH9O&ust=1637634210869000&source=images&cd=vfe&ved=0CAsQjRxqFwoTCKik6oH1qvQCFQAAAAAdAAAAABAD


Akibat pembentukan Malayan Union, pembentukan ini dimansuhkan dan Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan pada Julai 1946 bagi merangka sebuah perlembagaan baharu yang mampu menghidupkan semula hak-hak orang Melayu. Sebuah draf perlembagaan yang dibuat pada Disember 1947 menjadi panduan bagi membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 dan mula berkuatkuasa pada 1 Februari 1948. Pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada Negara-negara Komanwel British. Menurut Akta Malaysia 1963, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara yang kini dikenali sebagai Sabah menyertai persekutuan ini dan kemudiannya Persekutuan Tanah Melayu digantikan dengan nama Malaysia.

                         Hari Malaysia, 16 September 1963
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu,
31 Ogos 1957


Sumber:
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, 31 Ogos 1957: https://www.mywilayah.com/2020/09/pengisytiharan-kemerdekaan-persekutuan.html



Walau bagaimanapun, Singapura keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Akhbar mengenai Singapura keluar daripada Malaysia

Sumber: https://m-update.com/2019/02/21/singapura-keluar-dari-malaysia/



Rusuhan Kaum 13 Mei 1969 - Kesatuan Pecah Berderai

Kuala Lumpur, keadaan jalan raya yang sunyi setelah darurat pada 13 Mei 1969 diisytiharkan.


Rusuhan kaum yang berlaku antara kaum Melayu dan Cina berlaku disebabkan berbeza ideologi dari segi pandangan orang Melayu, masyarakat kaum Cina tidak menghargai kerakyatan yang diberi pasca kemerdekaan serta majoriti kaum Cina menganggotai Bintang Tiga iaitu sebuah organisasi yang bertujuan untuk menjadikan negara Malaysia menggunakan pemerintahan komunis seperti negara China.

Istilah Kesatuan Dalam Kepelbagaian tidak digunakan lagi dan digantikan dengan Perpaduan Dalam Kepelbagaian. Istilah ini digunakan sejak 1971 hingga 1975 untuk usaha penyatuan sosial


Pasca Rusuhan Kaum 13 Mei 1969
Selepas 50 tahun daripada peristiwa Rusuhan Kaum tersebut, adakah Perpaduan Dalam Kepelbagaian masih dititikberatkan sehingga ke hari ini? Realitinya, tiada kayu ukur yang dapat menjadi contoh yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai panduan untuk menentukan tahap perpaduan negara kita pada masa ini. Menurut penilaian, secara umumnya, hubungan sesama etnik adalah turun naik atau lebih baik diistilahkan sebagai "stable tension" atau dalam bahasa Melayunya, "tegang tapi tenang".

Oleh itu, usaha membina Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) dilaksanakan pada 2017-2018 serta mandat dan biayaan Kerajaan Malaysia iaitu JPM (EPU) dan JPNIN diwujudkan bagi merealisasikan objektif dalam mengukur tahap Perpaduan Dalam Kepelbagaian agar rakyat Malaysia sedar betapa pentingnya perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum agar peristiwa hitam Rusuhan Kaum 13 Mei 1969 tidak berulang seterusnya memfokuskan titik hala tuju menuju ke arah pembentukan negara bangsa Malaysia yang makmur dan saksama.



Bersama kita sebagai rakyat Malaysia berganding bahu membina masa depan Malaysia










      








                                                                

                


 












 









Comments

Popular Posts