Kesepaduan Sosial

 Kesepaduan Sosial


sumber:https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2020/05/unity.jpg


Kesepaduan sosial (social cohesion) ialah ungkapan dan konsep yang digunakan oleh pakar akademik untuk menerangkan pengalaman Malaysia dalam aspek hubungan etnik sejak 13 Mei 1969, Sehingga  kini, secara purata masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan etnik telah hidup aman damai, stabil dan harmoni kerana wujudnya kesepakatan sosial (social bonding) yang telah dibina sejak dahulu.

Wujudnya kesepaduan sosial tidak bererti tiada perbezaan dan konflik dalam sesebuah masyarakat. Perbezaan dan konflik tetap wujud kerana melibatkan hubungan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan. Hakikatnya, kesepaduan sosial dan integrasi nasional menjadi prasyarat dalam merintis jalan puncak ke matlamat akhir, iaitu perpaduan.

Defisit Sosial
Terdapat isu dan cabaran yang sering berlegar dalam masyarakat tetapi dikaitkan sebagai masalah perpaduan dalam konteks yang kurang tepat melalui beberapa sesi konsultasi yang menyeluruh, pelbagai isu dan cabaran telah dibangkitkan oleh rakyat Malaysia yang dapat dikategorikan kepada beberapa perkara di bawah defisit sosial seperti yang berikut.

Politik Federalisme

Pentadbiran dan sistem tadbir urus pada peringkat Persekutuan dan negeri perlu dilihat dari aspek sempadan politik, ekonomi dan sosial kerana terdapat perkara yang telah dipersetujui sebagai urusan peringkat negeri (seperti agama dan tanah).

Politik Federalisme muncul sebagai isu dan cabaran yang cuba mengheret perpaduan apabila isu-isu etnik diperdebatkan dalam konteks hak masing-masing dalam Perlembagaan. Oleh itu, politik federalisme perlulah diteliti dan dibincangkan dalam konteks permasalahan yang sebenar, Pemimpin di setiap peringkat juga memainkan peranan penting sebagai pemangkin perpaduan.

Bahasa

Bahasa Melayu telah termaktub sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan dengan tujuan menjadi alat interaksi dan komunikasi kepada rakyat berbilang kaum dalam negara ini.

Isu dan cabaran sebenar dalam konteks perpaduan adalah untuk melaksanakan pendidikan bahasa kebangsaan dalam semua institusi dan peringkat pendidikan agar semua rakyat mampu bertutur, menulis dan memahami antara satu sama lain merentasi etnik dalam suatu bentuk kesatuan pemikiran dan identit sebagai rakyat Malaysia, Hasil pendidikan ini seterusnya mampu menggerakkan rakyat mengaplikasikan bahasa sebagai alat untuk menjayakan perpaduan dalam pelbagai aspek kehidupan.

Etnisiti

Kepelbagain etnisiti sering kali dianggap sebagai batasan utama yang menggugat perpaduan. Realitinya, perpaduan ialah perkara yang perlu diurus dan dipertingkatkan melalui pelbagai mekanisme seperti interaksi dan jalinan hubungan sosial secara berterusan pada peringkat interetnik dan intraetnik dengan penuh berhemah.


Agama

Perbezaan pegangan agama ternyata disalah faham sebagai sempadan yang menghalang perpaduan dalam masyrakat kerana dilihat dalam konteks yang kurang tepat, kurangnya sensitiviti serta kefahaman berkenaan dengan agama yang berbza memberikan kesan kepada hubungan dan interaksi dalam masyarakat.

Kelas Sosial

Tidak dinafikan bahawa setiap sistem sosial masyarakat mempunyai hierarki kelas sosial yang disebabkan oleh struktur etnik, keturunan, pekerjaan, jawatan mahupun ekonomi. Perkara ini seharusnya tidak menjadi penghalang kepada perpaduan kerana setiap kelas sosial masyarakat saling melengkapi dari segi peranan dan tanggungjawab.

Perpaduan dalam kelas sosial perlu diuruskan dengan mencipta tapak intergrasi yang memenuhi keperluan dan tujuan masyarakt meliputi kelas sosial


Etos Nasional

Etos nasional merujuk kepada watak, karakter, sikap, etika, keperibadian dan keyakinan atas sesuatu perkara yang dapat menggambarkan ciri-ciri semangat yang dikongsi bersama oleh ahli-ahli masyarakat. Dengan wujudnya etos nasional dalam diri individu, maka ia dapat menggambarkan tentang sentimen kenegaraan yang berpaksikan kepada platform nasional. Ciri-ciri unik tersebut merangkumi empat dimensi utama iaitu nilai, perasaan dan semangat, kepercayaan dan identiti. Ciri-ciri unik etos nasional tersebut menjadi wadah utama dalam proses pembinaan negara-bangsa Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik. Golongan yang seringkali mendapat tumpuan apabila membahaskan tentang proses pembinaan negara-bangsa ialah golongan belia. Ini kerana mereka adalah tulang belakang dan tunjang bangsa pada masa hadapan. Kejayaan membangunkan golongan belia menjadi penanda aras utama kejayaan pembangunan negara-bangsa pada hari muka. Kajian ini mendapati empat dimensi utama iaitu nilai, perasaan dan semangat, kepercayaan serta identiti telah membentuk suatu ikatan yang kuat antara individu dengan individu yang lain, dan di antara individu dengan negara khususnya dalam kalangan belia yang dikaji. Oleh yang demikian, dalam merealisasikan pembinaan negara-bangsa Malaysia, etos nasional menjadi wadah yang perlu dipupuk dalam diri setiap individu khususnya golongan belia yang masih tercari-cari jati diri mereka.


Laporan Indeks Perpaduan Nasional (IPNas)

Laporan Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) ialah sebuah model komprehensif pengukuran di peringkat nasional dengan menggunakan kaedah empirikal dan sistematik bagi memahami dan menjelaskan kedinamikan masyarakat di Malaysia. IPNas merupakan indeks yang menjadi petunjuk/penanda aras dalam mengukur tahap pencapaian kesepaduan sosial dan perpaduan nasional di Malaysia.









Sumber:https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.msocialsciences.com%2Findex.php%2Fmjssh%2Farticle%2Fdownload%2F821%2F616%2F&psig=AOvVaw0dU5Y8BZvDdcbQAu_tDBXp&ust=1637628320413000&source=images&cd=vfe&ved=0CAsQjRxqFwoTCICNtYrfqvQCFQAAAAAdAAAAABAD



Etnik
bkn bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur ~ sesuatu kaum; masyarakat majmuk mempunyai kelompok ~ yg hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yg sama.

Tahap Keetnikan
Tahap Keetnikan iaitu mempunyai 3 komponen seperti keetnikan kemodenan dan kestabilan. Kedua, Konstruk Batas Etnik iaitu mempunyai 4 Komponen seperti material, status, tuntutan sosial dan tindakan gantian. Ketiga, Konstruk Hubungan Sosial Rentas Etnik iaitu mempunyai 3 komponen seperti hubungan etnik antara individu, hubungan etnik dalam komuniti dan tahap keaktifan penyertaan dalam institusi.

Batas Etnik
Tebal, nipis atau pupusnya batas etnik seseorang individu itu akan menentukan sama ada tingkah lakunya dipengaruhi oleh perkiraan etnik atau tidak. Individu yang tebal batas etniknya akan mengutamakan perkiraan etnik di dalam tingkah lakunya. Berbeza dengan individu yang nipis atau pupus batas etniknya akan mengutamakan perkiraan bersifat bukan etnik hingga boleh berhubung dengan individu-individu lain secara silang kumpulan. Dalam suasana sosial yang berbentuk sebegini, masyarakatnya lebih bersifat bersatu pada dan harmoni. Sebaliknya pula, jika batas etnik itu tebal, individu hanya berhubungan dengan individu lain berdasarkan persamaan etnik hingga wujud masyarakat majmuk, terasing, terpisah dan masing- masing berada dalam kotak masing-masing tanpa diikat oleh nilai yang dikongsi bersama.

Hubungan Sosial Rentas Etnik
Asas pembinaan negara bangsa di Malaysia adalah berteraskan integrasi di mana identiti etnik masing-masing dikekalkan dan terpelihara di dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun demikian, wujud persepsi ‘orang luar’ terhadap keharmonian di Malaysia yang acap kali negatif. Hal ini kerana mereka terpengaruh dengan ‘talk conflict’ yang berlegar dalam media sosial yang seakan-akan esok akan berulang semula tragedi berdarah 13 Mei 1969. Walhal, Institut Kajian Etnik (KITA) telah menjelaskan bahawa Malaysia kini berada dalam ‘Era Kesepaduan Sosial’, yang mana dalam era ini, perilaku rakyat Malaysia adalah pada peringkat ‘everyday-defined’ iaitu; ‘they talk conflict, they walk cohension’ dan perkara ini merupakan satu kegiatan psikososial yang sihat. Sehubungan dengan itu, satu kajian telah dilaksanakan berkaitan dengan hubungan sosial rentas di tempat kerja. Kajian ini memfokuskan kepada persepsi masyarakat terhadap tahap hubungan rentas sosial di tempat kerja dalam konteks hubungan pada peringkat peribadi, komuniti dan institusi. Kaedah kajian yang digunakan adalah soal selidik yang telah dijalankan ke atas 554 orang komuniti peniaga dan penjaja pelbagai etnik yang mempunyai perkaitan secara langsung terhadap hubungan sosial rentas etnik. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa hubungan sosial rentas etnik pada peringkat individu, komuniti dan institusi adalah positif dan signifikan.  Amalan rentas etnik pada peringkat akar umbi ini merupakan faktor yang begitu signifikan dalam pembentukan dan pengukuhan kesepaduan sosial di Malaysia serta suatu jaminan kestabilan negara yang berterusan.


Sumber:
https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&ved=2ahUKEwjzoI7Cg6z0AhVfH7cAHe3HCa8QFnoECAQQAQ&url=https%3A%2F%2Fwww.perpaduan.gov.my%2Fimages%2Fdocument%2Fpenerbitan%2FDasar_Perpaduan_Negara-1.pdf&usg=AOvVaw3zYKUo88HLQIUarenHoAWg

Comments

Popular Posts